Sunday, May 9, 2010

Happy Mother's Day

Selamat hari ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu..Saya belum bergelar ibu lagi, so jangan wish Selamat Hari Ibu kepada saya okay :) Bila nak bergelar ibu? jangan tanya soalan ini kepada saya okay..hehe..Saya hanya menanti untuk Allah makbulkan doa saya..

Selamat Hari Ibu kepada ibu saya, Pn. Hanapisah bt Mamat..Terima kasih kerana membesarkan kami 6 beradik, alhamdulillah semuanya sudah besar-besar belaka, saya anak yang sulung berumur 27 tahun dan mempunyai adik yang bongsu berumur 13 tahun..Semuanya mempunyai pelbagai ragam dan perangai..Ma merupakan seorang yang garang atau dalam bahasa kelantannya "bekeng"..hehe..Ma kuat berleter kepada kami dan sangat tegas..Namun begitu, ma merupakan seorang yang sangat memberi perhatian dalam menguruskan persekolahan kami..sewaktu saya bersekolah rendah, ma bangun pkul 5 pagi menyiapkan sarapan dan memasak air untuk kami mandi..manjanya kami..maklumlah duduk di kampung, kedingingan air di waktu pagi memaksa kami termenung beberapa ketika untuk mandi:)hehe..
Saya akui, tegas ma bertempat..ada kelembutan dan kasih sayang dalam dirinya untuk dicurahkan kepada anak-anak..Terima kasih ma..

Zaman remaja saya jarang saya berada di rumah, selama 5 tahun (form 1 to form 5) di asrama, 1 tahun di matrix penang, 3 tahun di USM penang, dan 5 tahun dalam alam pekerjaan (2005 hingga kini) cukup untuk tidak mendengar leteran ma :) sometimes i miss her voice..
Saya sangat sukakan nasi lemak hasil air tangan ma...sedap sangat..sengaja saya suruh ma buat banyak2, untuk saya makan pada waktu pagi dan tengahari..hehe..sedap yang tak terkata :)

Alangkah bagusnya sekiranya saya sentiasa berada di samping ma, dapat membalas budi dan bakti yang ma taburkan kepada kami..Ma, terima kasih kerana mengandung, melahirkan, membesarkan dan mendidik saya..Maafkan saya sekiranya saya ada mengguris perasaan ma..
Kasihmu membawa ke syurga..

Ya allah, Kau kasihilah kedua org tua kami sebagaimana mereka mengasihi kami sewaktu kami kecil..

No comments: