Thursday, May 6, 2010

Azam 2010

Sekejap je dah masuk bulan 5
Hmm..cepatnya masa berlalu
Untuk tahun 2010, ada beberapa azam yang ingin dicapai:

Azam 1: To lose body weight, skrg 62kg nk turun lagi 5kg, means 57kg..
Antara usaha yang telah dilakukan ialah:-

i. Jogging
Br 4 kali jog dlm sebulan..mcm tak berhasil je kan?

ii.Tenis
Bulan 3 ari tu turun every week, skrg ni dah 2 bulan tak turun court. Cuaca
panas terik, pkul 5.30 pon still pns kat tgnu ni..so alasan tak nak bagi kulit
terbakar..hihi..Saya perlukan setahun untuk terer main tenis..Sape yg pandai,
tolong ajar saya ok.

iii.Kurangkan mkn nasi
Skrg ni mkn nasi sehari sekali aje, mlm mkn bihun sup, mee
rebus buatan sendiri..hihi..suami dan adik2 ipar pon suka..sekali sekala hantar
food umah mak mertua..taraf mak mertua n bapa mertua mcm ibu ayah kita sendiri
kan? Saya juga sangat bersyukur kerana mendapat ibu dan bapa mertua yang baik
sangat.Sekali skala kene jadi menantu yang baik..ceewahh..

iv.Tak mkn langsung roti canai
Roti canai mmg banyak kalori, pernah dengar org kata,
kalo mkn sekeping roti canai, diumpamakan jogging 1km baru boleh bakar kalori 1
keping roti canai..bahaya betul roti canai untuk kesihatan..so elakkan yer
kawan-kawan

v.Minum banyak air masak
Dari dulu saya memang tak suka minum air. Makan nasi kalo takde air pon takpe.
Sekarang ni dah start minum banyak air..Air sangat bagus untuk kesihatan
sebenarnya. Mempercepat metabolisma badan dan berfungsi untuk mengeluarkan
peluh. Peluh ialah lebihan garam dan toksid dalam badan yang dikeluarkan
semasa kita buat excercise. So kawan2, sila buat exercise ok.

vi.Makan banyak sayuran dan buah
Buah dan sayur mengandungi serat yang bagus untuk pencernaan dan cepat
dihadam. Nasi dan lauk lambat dihadam. So, makan buah dulu br mkn nasi. First
in first out. Hihi..

vii.Tonton The Biggest Loser
Ni rancangan yang boleh memberikan sumber inspirasi. Isnin-Jumaat, Astro 702.


Azam 2: Menjadi seorang yang lebih rajin
Rajin berkebun-Sekarang ni alhamdulillah, pokok serai dan lengkuas dah hidup dengan subur, dah boleh mkn hasilnya. Nak tanam pokok cili, terung dan bendi plak di halaman rumah.

Rajin membuat kerja rumah-Sekarang ni hujung minggu memang bangun awal.. En suami akan basuh kedua-dua kereta, terima kasih abg..hihi..Saya akan membakar sampah sarap, membasuh baju, mop umh sebulan sekali, sapu habuk2..bukak tingkap kasi pengudaraan yang lebih n so on..mls nak tulis detail, nti org kata riak plak..hihi..

Azam 3: Menjadi seorang pekerja yang mencapai kepuasan dalam kerjaya (mcm skima je bunyinyer..hihi)
Sekarang dah 3 tahun bekerja di bumi terengganu, rasenya banyak lagi prosedur yang tak tahu, banyak lagi pemantapan kerjaya yang ingin dibuat, rase belum lagi mencapai kepuasan dalam kerjaya. Rase diri belum bagus lagi..Banyak lagi kene usaha n kene timba ilmu dari staf2 senior..tolong bantu saya yer..

Azam 4: Ingin menimang cahaya mata
Masuk tahun ini, kami dah berkahwin selama 1 tahun 9 bulan..selama 1 tahun 6 bulan kami PJJ (Perkahwinan jarak jauh). Alhamdulillah, suami dah dapat tukar di kuala terengganu..Kawan2 tolong doakan kami yer..Kalau dapat anak kembar lagi bagus, 2 orang sekaligus..Mak sedara saya ada anak kembar, insyallah maybe genetik tu ada pada saya sikit2..hehe..Tapi kalau dapat single pon bgus jugak, janji dapat anak yang sihat dan menjadi seorang yang mendengar kata kedua ibu bapanya..hehe..Kadangkala saya berfikir, mungkin masa ini belum sesuai untuk kami menjadi ibubapa..Allah merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk kami..Namun tak salah untuk kita terus berusaha kan? Macam2 cerita yang saya dengar, ada yang teah menunggu selama 10 tahun untuk mendapat zuriat..alhamdulillah, doa mereka dimakbulkan..oleh yang demikian, pesanan saya kepada pasangan di luar sana dan untuk diri saya sendiri, jangan putus asa untuk berdoa dan usaha, Allah Maha Pengasih.. Saya redha dan selalu berfikir yang setakat ini apa kehendak saya dalam hidup ini telah saya dapat dengan mudah dan belum pernah diuji oleh-Nya. Insyallah hati ini akan sentiasa tabah ya Allah..

Azam 5: Mempelajari bahasa Mandarin
Sejak dari sekolah menengah lagi, saya sangat teringin belajar Mandarin..salah satu faktornya, kat pekan koboi Endau, Mersing tu kesemua peniaga cina menulis harga kepada barang jualan dalam bahasa cina. Alangkah rugi kalau pembeli tak faham apa yang ditulis. Kat sekolah menengah dulu, kami dimestikan ambil bahasa arab sebagai bahasa pilihan.. Arab ok juga, tapi bulan dapat dipraktikkan lagi..Selain buku doa yang telah ada terjemahannya..So Lee Wan Yee, tolong ajar akak bahasa mandarin yer..
Saya hanya tahu Chau ann laucerk (selamat pagi cikgu), ee, erk, san, serk, uulierk
1..2..3..4..5..6..tu aje..

Azam 6: Swimming
Sangat ingin untuk berenang, bekerja di jabatan perikanan, FASM tapi tak pandai berenang, rugikan? sifu2 tolong ajar ok..hehe..En. suami, sila belajar untuk snorkeling yer..

Sekian dulu untuk kali ini..

No comments: