


Ni antara koleksi gambar kawin saya:) Yang paling saya suka gambar no.1, majlis sambut menantu di kuala terengganu (22.08.2008), baju riau moden shifon beserta selendang yang saya beli hanya RM70 sahaja:) make up yang simple but nice..gambar baju kurung kuning dan baju hijau adalah majlis di Johor (16.08.2008)..Buat bakal2 pengantin, perkahwinan ini bukan senang..banyak perkara yang perlu diuruskan..Disini disertakan maklumat dan anggaran kos yang terlibat tau..
1. Kursus kahwin
Bakal pengantin lelaki dan perempuan WAJIB hadir kursus selama 2 hari, akan dapat sijil. Yuran RM60-RM100.
2.Permohonan nikah
Kene buat di pejabat agama daerah masing2. Disebabkan alamat ic saya di mersing, maka permohonan nikah saya perlu dibuat di pejabat agama islam mersing. Dan majlis akad nikah telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak untuk diadakan di rumah mersing. Oleh yang demikian, suami kene buat permohonan bernikah di luar daerah iaitu di luar kuala terengganu..Selepas diluluskan oleh pejabat agama islam terengganu, bawak permohonan suami ke mersing beserta salinan ic pengantin, salinan ic ibu bapa, surat akuan bujang oleh majikan dan sebagainya..
3.Ujian HIV
Pejabat agama islam akan bagi borang test HIV. Then korang kene bawak ke klinik kesihatan kerajaan yang berdekatan..Ujian akan dapat serta merta. Test darah kat jari korang ajer..Within 10 seconds dah dapat result. Bawak result tu ke pejabat agama tadi.
4. Contact tok kadi
Korang kene jumpa tok kadi mukim masing-masing..selalunya ibubapa yang uruskan..tetapkan tarikh dan lokasi untuk bernikah. Senang tok kadi tu cari nanti..hehe..Time bernikah tu, kat masjid atau rumah, jangan lupa bawak ic, nanti tok kadi tu akan semak korang punya ic, telly tak dengan borang permohonan nikah tu,. Pastu bila setel akad nikah n habis baca doa, jangan lupa hulur pada tok kadi tu, duit minyak dia..bagi lah RM100 or RM50 or ikut kebiasaan..hehe..
Perbelanjaan majlis perkahwinan (sebelah perempuan):
1.Bahan2 kenduri (lembu,ayam, sayur,bawang,lada, rempah gulai dan sebagainya)
2.Sewa kanopi, kerusi, meja, kawah, periuk belanga dan sebagainya
3.Barang hantaran (kebiasannya untuk perempuan: alquran,sejadah, telekung,buah2,sirih junjung,handbag, kasut,perfume,jam dan sebagainya..kebiasannya untuk lelaki: jam, alquran, sejadah, perfume dan sebagainya..terpulang pada pengantin apa yang dia nak)
4. Kad kawin
5.Pelamin
6. Mak andam
7. Baju pengantin
8.Set bilik tidur
9.Cenderahati tetamu
10. Cameraman
11.Bunga manggar
12.Kompang dan silat (kalau perlu)
13.Extra money-untuk kes2 kecemasan kalau ada pembelian barang last minit
14.Extra money-untuk kehidupan korang selepas habis majlis..perlu ada untuk perbelanjaan lepas kawin seperti makan minum, sewa umah baru atau untuk honeymoon..kalau tak cukup duit, honeymoon tu boleh ditangguhkan dulu..
Majlis sambut menantu (sebelah lelaki):
Perlu ada semua macam majlis sebelah pihak perempuan, namun majlis sambut menantu kebiasannya majlis yang ringkas aje..just kenduri makan-makan dan pelamin yang agak simple..tapi kalau berkemampuan, boleh jugak buat majlis yang grand macam sebelah pihak perempuan.. Kos item 1 hingga 13, korang masukkan sendiri..tepuk dada, tanya pocket masing2 okay:)
Alhamdulillah, 80% urusan perkahwinan kami uruskan sendiri..ibubapa hanyalah menguruskan majlis kenduri makan..disebabkan terlalu banyak perkara yang kami uruskan sendiri, kadang2 jadi pening kepala..hehe..alhmadulillah, everything is okay:)
Pesan saya, carilah jodoh yang boleh membahagiakan dirimu, yang membuatkan anda sentiasa bahagia dengannya serta yang paling penting hubungan kalian mendapat restu daripada orang tuamu...syurga itu di bawah tapak kaki ibu dan saya percaya semua ibubapa di dunia ini merencanakan sesuatu yang terbaik buat anaknya...
Kepada ayah dan ma, terima kasih atas segala susah payah menyelesaikan majlis kami, terima kasih atas restu yang diberikan, Doakan kebahagiaan kami hingga ke akhir hayat.Minta maaf kerana saya tidak dapat meluangkan banyak masa dan berbakti kepada kalian disebabkan jarak yang memisahkan kita..Hanya dapat bertanya khabar dan pulang menjenguk kalian sekali sekala, diharapkan ma dan ayah tidak berkecil hati dengan saya..
Kepada abah dan mama, berbanyak terima kasih kerana sudi menjadi mertua saya..Terima kasih atas keikhlasan hati kalian berdua..
Kepada suamiku, terima kasih kerana memahami dan menerima diri ini seadanya.. Terima kasih atas sikapmu yang ceria, lawak jenakamu, perangaimu yang macam2:)Terima kasih kerana membahagiakan saya sehingga ke saat ini..Love you so much..
No comments:
Post a Comment